hidup tidak pernah sunyi daripada diselimuti pelbagai masalah.kadang,kita rasa terlalu lemah untuk melepasinya.kadang,kita terasa ingin pergi jauh darinya dan kadang kita tertanya-tanya,mengapa aku yang perlu menghadapi ini semua.padahal orang lain elok2 sahaja? hati...hati...hati manusia kan..kadang melatah juga...tapi,jangan pernah biarkan emosi menguasai diri kerana apapun,kewarasan akal dengan pimpinan Al-Quran dan sunnah perlu menjadi tunjang utama gerak fikir yang menentukan apa yang akan kita lakukan. ingatilah satu perkataan, SABAR , SABAR dan SABAR...jangan risau,janji Allah,bersama setiap kesukaran pasti ada kemudahan...semakin besar dugaan kita, pujuklah hati kita,katakan itu tanda, semakin besar perhatian dan kasih sayang Allah pada kita. analoginya, macam guru-guru kita dahululah. yang suka dimarah2 tu,ditegur 10kali itu sebenarnya kerana amat disayangi dan ingin kita menjadi orang berguna di hari muka. Allah lebih-lebih lagi.itu tanda Allah sedang mendidik kita dengan tarbiyah langsung drpdnya.andai org lain tidak diuji begitu,tidak mengapa,katakan pada diri kita,Allah syg kan kita,sbb tu,dihadiahkan dugaan besar itu. Allah tidak akn menduga kita melainkan sekadar kesanggupan kita.cabar diri.yakin pada diri.semuanya akan ok selepas ini. yang penting,bersangka baik dengan Allah selalu pasti ada hikmah yang istimewa sedang menunggu :) mungkin bukan di SINI tapi DI SANA yang pasti menanti dan lebih abadi ;)
24 Apr 2010
Bila Allah Menduga Kita
Posted by mujahidah solehah at 11:49 6 comments
Labels: Percayalah Pada Diri
22 Feb 2009
Nak Seribu Daya, Mahu Seribu Cara
Gunung tinggi sanggup ku daki, Lautan luas sanggup ku renangi(macam ayat orang bercinta plak). Pendek kata, apa pun halangan yang datang kan tempuh jua demi mengenal erti 'BERJAYA' yang telah didamba sekian lama.
Justeru, kenapa masih ada segelintir daripada kita yang masih meletakkan pelbagai alasan untuk melakukan sesuatu dengan alasan,
1. malaslah
2. saya tak pandai
3. tak tahu nak buat macam mana
4. ramai lagi orang lagi pandai dari saya
5. biarlah orang lain yang buat
6. siapalah saya
7. saya tak ada masa
Cukuplah tu saya senarai pendekkan alasan-alasan popular yang digunakan sebagai penyedap rasa.
Sedar atau tidak, kalian sebenarnya menyempitkan ruang kalian untuk berjaya.
ORANG YANG BERJAYA BUKAN MENCIPTA ALASAN NAMUN MENCARI JALAN
Hanya orang yang gagal mencari alasan dan kesalahan sekaligus menyempitkan ruang kejayaan dalam kehidupan.
Jadi, tepuk dada, tanya iman, Anda ingin BERJAYA atau GAGAL?
Jika anda memilih untuk gagal, gunakanlah senarai alasan di atas untuk mengatakan tidak untuk apa sahaja dan ingatlah, anda telah pun kehilangan NIKMAT MENCUBA.
KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN.
Bersangka baiklah terhadap kehidupan kerana sememangnya begitu hidup ini diciptakan. Jadi, usah ragu-ragu lagi, katakan ya dan gunakan segala kesempatan yang ada untuk mengubah hidup anda menjadi lebih istimewa.
Usah menangis lagi tetapi bangkitlah mencuba kerana kejayaan itu milik sesiapa sahaja yang berusaha untuk mendapatkannya.
Gunakan hipotesis ini :
LEBIH BESAR USAHA YANG DILABURKAN, LEBIH GEMILANG KEJAYAAN YANG BAKAL DICIPTAKAN.
Usah menangis lagi sayang, kerana hidup ini bukan untuk ditangisi namun untuk dinikmati selagi hayat ada dalam diri kerana ingatlah, kita cuma musafir yang sedang mengambil bekal sebelum tiba ke destinasi yang abadi di akhirat nanti…
BERUSAHALAH SEOLAH-OLAH KAMU AKAN HIDUP SEJUTA TAHUN LAGI, NAMUN…
BERAMALLAH SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI PADA ESOK HARI..
Syurga atau Neraka?
Pilihan di tangan kita...so, pilihlah untuk bahagia atau derita.
Posted by mujahidah solehah at 08:16 1 comments
Labels: Percayalah Pada Diri
16 Feb 2009
Lebih Besar Dugaan yang Kita Hadapi..Lebih Besar Kejayaan yang Bakal Kita KEcapi...
Ayat dia atas merupakan teori saya semata-mata..
Saya tak sempat pulak nak tengok kalau-kalau ada orang yang dh publish dan uji teori tu...
Mungkin, kalian boleh ceq sendiri...
Persoalannya, Kenapa saya kata begitu?
Dalam hidup ni, kita sering terasa nak mengeluh bila di uji dengan pelbagai dugaan&masalah..
Contoh paling mudah, Bila kita nak usahakan sesuatu, macam-macam masalah pulak yang datang..
so, Adakah kita akan mengeluh atau menyerah kalah?
Tepuk dada, tanya iman.
Bila situasi ni terpaksa saya hadapi, memanglah kadang-kadang tu rasa macam malas je nak teruskan dan alangkah baiknya kalau saya pilih jer jalan yang lebih mudah, kan?
Tapi, tetiba ada suatu perasaan yang menyelinap dalam diri..
takkan baru di uji sikit, dah nak mengalah kot..
Pantang Menyerah Sebelum Berjuang!
Saya katakan pada diri saya,
Lebih Besar Dugaan yang saya Hadapi,
Lebih Besar Kejayaan yang bakal Kita kecapi.
So, Makin besar dugaannya, saya makin bersemangat saya nak teruskan perjuangan
sebab saya tahu dan saya percaya yang di hadapan saya, Kejayaan sedang menanti untuk saya menggenggamnya.
Kejayaan tidak akan pernah datang bergolek.
Percayalah, susah payah itulah yang akan membuahkan kemanisan akhirnya..
Tidak percaya?
Cuba Sendiri..
KIta adalah apa yang kita fikirkan...
Posted by mujahidah solehah at 11:19 1 comments
Labels: Percayalah Pada Diri