19 Apr 2009

Rindu mula bertamu...







Minggu pertama, serasa ingin ku tinggal kan daerah itu..
lelah..resah..semua menjadi satu..
hingga seakan semangat terbang menjauh..
namun itu bukan kesudahan..
namun sebuah permulaan...



kuteruskan sebuah perjuangan...
ku kenal erti dan makna sebuah perjuangan..
sebuah kebenaran..
kesabaran ku teruji..
kebenaran itu suatu yang pasti..
dan sebuah persepsi mula terpatri..
apakah erti menjadi seorang pendidik berbudi
adakah sekadar mengajar sekadar yang termampu
atau mendidik mereka dari tak tahu kepada tahu
menjentik nilai sebenar seorang guru

minggu ke3 menjengahkan diri..
aku mengerti kini
pada sebuah hakikat seorang insan kerdil
bernama kanak-kanak
walau kau nakal
kau tetap yang paling comel di hati ini
bukan salahmu kau berbuat begitu
namun salahku
yg kurang mengenali siapa kamu
maafkan gurumu, sayang ku..
ketahuilah kau mula mencuri hatiku..

minggu ke 4...
lagu sendu mula bernyanyi
tangis sayu mula berlagu
ingin ku jerit pada alam ini
aku tak ingin berlalu
aku ingin menatap wajah comel itu selalu
mengajar dia mengenal dunia
menyayangi dia sepenuh hati
mendidik dia menjadi manusia berbudi..

usah kau tumpahkan lagi air mata itu syg ku
letak wajahku dalam hatimu
kuatkan semangat mu
ingatpesanku
suatu hari nanti
kau akan berjaya
menjadi seorang yang menggoncang dunia
dengan akal hebatmu
dengan kental semangatmu
dari kejauhan..
doa ini tak pernah putus buatmu


salam sayang buat anak-anak didikku
terima kasih utk sebuah kenangan yang amat bermakna ini...

dedikasi buat anak-anak kesayangan di SK BUkit Tok Beng terutama 4jujur, 3 amanah dan 3jujur..
ustazah sayang kamu..

5 Apr 2009

Ustazah, nak pilih yang mana?






Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
hari ni, 5/4/09, ustazah ada satu kelas je.
tapi , kene ganti 2 kelas lain lah
hari ni, terasa mencabar tajuknya. walaupun sekadar menjentik rasa tahu anak didik dengan pengertian dan sebab hari akhirat berlaku
namun, research telah dimulakan sejak 3hari yang lalu

Soalan pertama : anak-anak ustazah, sama ke hari akhirat dengan hari kiamat?
ada yang menjawab, SAMA!
ada pula menjawab, TAK SAMA!
sama ke tak sama ni?
jawapannya:
Hari Kiamat adalah hari kehancuran alam ini.
tetapi, Hari Akhirat adalah hari pembalasan amal baik dan buruk manusia selepas berlakunya kiamat...
jadi, sama tak Hari Akhirat dan Hari Kiamat?
serentak, TAK SAMA!

tapi, tiba-tiba ada seorang si kecil bertanya, ustazah, antara PAS dengan BN, nak pilih yang mane?
terkedu lidahku seketika. kuperah akal buat mencerna jawapan ringkas dan padat buat si anak yang baru mengenal dunia(darjah3) dan begitu berminat mengetahui, pilihan yang mana akan membawa ke syurga dan yang mana pula akan membawa ke neraka.
Alhamdulillah, sesi P&P ini menjentik kesedarannya untuk memastikan segala amal dan pilihan di dunia akan dinilai dan dibicara di hari istimewa, di Padang Mahsyar, terhimpunnya semua manusia.

Saya simpan dulu jawapan saya, saya teringin nak dengar jawapan pembaca ruangan saya yang setia. Andai anda berada di tempat saya, apa yg anda ingin beritahu pada si anak kecil yang bertanya?

31 Mar 2009

kanak-kanak itu terlalu istimewa..



hari-hari berlalu dikelilingi anak-anak kecil yang berlari-lari ke sana ke mari..

ada yang nakal, tidak terperi...

rasa nak marah..

tapi sabar sahaja dulu...

tapi, disebalik kenakalan mereka itu, mereka terlalu comel sebenarnya..

bibir yang menyampuk apa sahaja yang dikata itu..

tatkala menuturkan kalam Ilahi..

walaupun merangkak-rangkak...

seolah menyuntik rasa damai yang di hati..

senakal mana pun anak kecil itu

hatinya tetap suci..

mereka masih bertatih mendaki tangga kehidupan

andai mereka tersungkur, kitalah yang perlu memberikan sokongan

agar mereka terus mencuba

pasti satu hari nanti

mereka mampu berlari

dan saat itu kita pasti terus tersenyum

YA Allah..lembutkanlah hati anak didikku..

agar dapat menuntut ilmumu

menjadi orang berguna

suatu hari nanti..

nak lembut kan hati mereka?

baca surah toha, ayat 1-5

ajarkan pada mereka..

insya Allah...