6 Nov 2009

Jangan Takut : Pernikahan itu Ibadah

Pernikahan bukan menyekat kebebasan namun pembuka jalan kebahagian dan ketenangan.
Kita sering merancang untuk hidup namun pernahkah kita merancang untuk mati..
Ramai pemuda keberatan untuk berkahwin pada saat usia menjengah 24 atau 25, kerana kononnya dengan kenyataan, banyak lagi yang ingin dikejarnya dalam hidup...
Pemudaku..andai maut mengejar, pernah kita dapat melewatkannya?
Pernikahan bukan menyekat peluang untuk kamu bergembira apatah lagi menyekat kemenjadianmu sebagai insan yang hebat terkemuka..
sejarah telah membuktikan...sirah telah melakarkan...
Khadijah di sisi Rasulullah sebagai penguat semangatnya untuk mengemudi dunia...
justeru, apalagi yang ingin kau teladani
Rasulullah atau nafsu dan kata hatimu sendiri?
Percayalah...dan Yakinlah andai niatmu suci, pasti segala kesulitanmu akan dipermudahi
kerana Allah tidak pernah membenci melainkan sentiasa menyayangi...
Bercintalah dalam rumahtangga kerana itu fitrah yang telah Allah sediakan jalan keluarnya
Hanya Allah tempat kita memohon segalanya..

“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”
(Surah Ar-Ruum, ayat ke-21)


Rasulullah SAW bersabda yang lebih kurang maksudnya:

“Tiga hal dari duniamu yang dijadikan aku menyukainya, yakni: wangi-wangian, wanita, dan kesejukan hatiku dalam solat.”

“Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka, bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu.”
(Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya)


“Kahwinilah olehmu wanita yang pencinta (sangat mencintai suami dan anak-anak) dan peranak (subur). Maka sesungguhnya aku bermegah-megah dengan banyaknya kamu (umat Rasulullah) itu terhadap nabi-nabi yang lain di hari kiamat.”
(Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)



2 Nov 2009

Jodoh satu ketentuan atau pilihan...


apabila berbicara soal jodoh, ramai yang jadi keliru, buntu...
tidak tahu apa yang mahu dan perlu..
kadang-kadang apa yang kita mahu belum tentu apa yang kita perlu...
entahkan ya entahkan tidak..
dan saat emosi bertukar celaru dan sebelum terus menjadi haru-biru..
alangkah baiknya andai uslub janaan Rabbi jadi pilihan..
kita bukan sesiapa kan?
siapalah kita yang tahu apa yang akan berlaku pada masa depan...
jadi, pasrahkan hati..
dapatkan petunjuk Rabbi..
benarkah DIA jodohku?
atau sememangnya ini cuma satu cinta nafsu yang melulu?
istikharah pasti jadi peneman yang tak pernah jemu
andai jawapan telah kau perolehi
usah bongkak dan tinggi diri..
hakikatnya, rancanglah hidupmu namun jangan lupa letakkan Allah di tempat yang utama
cinta manusia sekadar di dunia
namun cinta Allah pasti bahagia hingga ke akhirat jua..
kalaulah syurga milik kita..
ramai bidadara dan bidadari menunggu kita di sana..
jangan lupa, kita ada sumber kekuatan yang utama
Allah tempat mengadu yang tak pernah jemu
tak pernah merajuk minta dipujuk
tak pernah marah malah terus memberi...
insya Allah..

saat ini seolah hatiku terpaut untuk terus menatap bait bicara 'Nota Hati Seorang Lelaki' karya PAhrol Mohd JUoi yang selalu menjentik rasaku dan menenangkan gundahku...
Terima kasih atas perkongsian tulisanmu..
alngkah baik andai semua lelaki di dunia ini berhati jujur sepertimu..
satu yang ku tahu kini..
Jodoh satu ketentuan bukan PILIHAN...
mungkinkah...