2 Nov 2009

Jodoh satu ketentuan atau pilihan...


apabila berbicara soal jodoh, ramai yang jadi keliru, buntu...
tidak tahu apa yang mahu dan perlu..
kadang-kadang apa yang kita mahu belum tentu apa yang kita perlu...
entahkan ya entahkan tidak..
dan saat emosi bertukar celaru dan sebelum terus menjadi haru-biru..
alangkah baiknya andai uslub janaan Rabbi jadi pilihan..
kita bukan sesiapa kan?
siapalah kita yang tahu apa yang akan berlaku pada masa depan...
jadi, pasrahkan hati..
dapatkan petunjuk Rabbi..
benarkah DIA jodohku?
atau sememangnya ini cuma satu cinta nafsu yang melulu?
istikharah pasti jadi peneman yang tak pernah jemu
andai jawapan telah kau perolehi
usah bongkak dan tinggi diri..
hakikatnya, rancanglah hidupmu namun jangan lupa letakkan Allah di tempat yang utama
cinta manusia sekadar di dunia
namun cinta Allah pasti bahagia hingga ke akhirat jua..
kalaulah syurga milik kita..
ramai bidadara dan bidadari menunggu kita di sana..
jangan lupa, kita ada sumber kekuatan yang utama
Allah tempat mengadu yang tak pernah jemu
tak pernah merajuk minta dipujuk
tak pernah marah malah terus memberi...
insya Allah..

saat ini seolah hatiku terpaut untuk terus menatap bait bicara 'Nota Hati Seorang Lelaki' karya PAhrol Mohd JUoi yang selalu menjentik rasaku dan menenangkan gundahku...
Terima kasih atas perkongsian tulisanmu..
alngkah baik andai semua lelaki di dunia ini berhati jujur sepertimu..
satu yang ku tahu kini..
Jodoh satu ketentuan bukan PILIHAN...
mungkinkah...

2 Comments:

Anonymous said...

Allah Mencabut Kebergantungan Manusia Kepada Makhluk Dengan Mewujudkan Perpisahan Sehingga Baru Manusia Tersedar Mereka Tidak Layak Berharap Kepada Siapa2 Melebihi Pengharapannya Kepada Allah...

Qurratuaini said...

pertemuan dan perpisahan adat kehidupan..

Post a Comment