2 Nov 2009

Khurafat lebih bahaya daripada Ajaran Sesat?

Isu panas yang baru sahaja tamat dibahaskan pagi tadi di Balai Islam Al-Muttaqin pada masa pertama dan kedua kuliah bermula.seakan terubat rindu dendan di jiwa terhadap arena bahas yang semakin sepi dari kamus dan diari hidupku...
Terima kasih untuk PISMP PA2 sem6 yang sudi menjemputku bersama Ayu dan Nazlan sebagai juri..walaupun seakan tidak layak menghakimi perbahasan ini memandangkan diri ini berada di kelas Ustaz Ismail, murabbi yang ku segani, namun ku gagahkan juga demi jemputan sahabat yang dikasihi..
Buat Zaffan, Salman dan AMirul, tahniah kerana membuat dewan menerima usul kalian..
Buat Izzah, Nor dan Aya, tahniah kerana kalian memang hebat..
Terima kasih buat kalian semua yang menyumbang info berguna tentang khurafat dan ajaran sesat secara bijaksana...
meminjam kata-kata Zaffan(pembahas terbaik kita pagi ni), huhu...khurafat sememangnya amalan yang bertopengkan Islam namun hakikatnya ia begitu mudah diamalkan hingga kadang-kadang boleh menjerumuskan kita ke lembah kemurtadan..Nauzubillah...
semoga kita dijauhkan dari dibelenggu khurafat mahupun tercebur ke lembah ajaran sesat...
yang pentingkan, pastikan kita sentiasa berpegang teguh dengan aqidah yang kukuh...
nak cinta si dia, kita perlu ambil tahu segala-galanya tentang dia
jadi, nak cinta DIA, pencipta kita, pastinya carilah jalan mengenaliNya
caranya?
bergurulah pada orang yang bijaksana dan jangan lupa pada 2 perkara yang telah dibekalkan sekian lama iaitu al-quran dan sunnah yang tak pernah lapuk dek zaman..
bukan sekadar ditatap namun untuk diperhati, diteliti dan diperhalusi...

buat Pa2, terima kasih untuk saguhati air mineral dan hadiah pada hakim yang tidaklah bijaksana ni..huhu..
Semusim Bersama, Seabad Terasa...

0 Comments:

Post a Comment