3 Aug 2009

Tafsir MUTHAQ bakal menjelang..

assalamualaikum..
coretan ni khas buat adik-adik yang banyak bertanya dan mesej akak baru-baru ni..
MUTHAQ tafsir bakal diadakanrabu ni peringkat institut...
dari kejauhan, mungkin ada sedikit yang dapat akak kongsikan..
kepada yan berminat, akak ucapkan tahniah..
sebab kalian dah pun melangkah 10 langkah ke hadapan untuk mendapat johan..
cuma ada 90 langkah lagi yan perlu diorak supaya kenyataan mendapat johan benar-benar dalam genggaman..
apa yang penting, berani mencuba..
kita takkan tahu kemampuan kita selagi kita tidak mencuba.
betul tak?
so, pekata, kita buat cara cuba jaya?
tafsiran ayat perlu mengandungi pendahuluan, penutup, dan 5 isi sekurang-kurangnya.
pendahuluan : bacakan ayat yang ingin ditafsir dan terjemahan sekali serta berikan tajuk pada tafsir adik
5 isi : cuba semak sekurang-kurangnya 3 tafsir seperti tafsir HAMKA, FI ZILALIL, dan IBNU KATSIR...kalau nak tambah lagi mungkin tafsir MUNIR dan sebagainya
setiap isi ada ayat al-Quran atau hadis. kaitkan juga dengan isu semasa. yang penting ada isi, huraian isi, dalil dan isu semasa bagi setiap tajuk.
penutup: sebutkan semula ke lima-lima isi dan buat kesimpulan
nada adalah diantara khutbah dan pidato
tengah-tengah lah..tak terlalu keras tapi tak terlalu lembut..
dalam masa 10 minit..selamat berjaya adik-adik2 rabu ni..05.08.09
kita jumpa di sana..

0 Comments:

Post a Comment