21 Jun 2009

Tips memikat hati suami...


sayang suami tak? ni antara cara nak tambah kasih sayang suami pada anda..


1) masa suami sedang memandu, urut lah bahagian tengkuk suami dengan mesra supaya lega rasa suami yang penat memandu tu kan
2) kalau nak tidur, tidurlah laksana suami menjadi pakaian bagi isteri dan isteri menjadi pakaian bagi suami
3) makan pulak biarlah saling menyuapkan atau senang berkonsi pinggan
4) luangkan masa mandi bersama suami cam Rasulullah wat bersama Aisyah
5) salam dan peluk suami sebelum pergi kerja supaya kalian kekal terus dalam ingatan bersama sepanjang masa berpisah
6) tanya suami apa yang nak dia makan cam mintak order bukan terus jer masak apa yang kita suka. sekurang-kurangnya berilah dia pilihan

7) pujilah suami. jadikan budaya saling puji-memuji ni sebagai rutin harian bersama. jangan biar orang lain plak yg puji suami kita. ha, masa tu baru nak cemburu?payah nak kata lah kan..

8) jadilah pendengar yang setia...bukan pembebel sepenuh masa..

9) sentiasa wangikan diri..dan cantikkan diri. bukan kah fitrah manusia suka pada sesuatu yang cantik?

tu antara olahan tips yang sempat saya ingat dari Ustaz Fauzi dalam ruangan Motivasi pagi dan ambil dari pembacaan dan pengalaman..huhu..

semoga kita semua berjaya memikat hati suami sentiasa...
amin...

8 Comments:

Anonymous said...

Perkongsian yang berguna untuk semua bakal2 suami mahupun yang sudah menjadi suami..suami pun perlu pandai gak pikat hati isteri baru rumah tangga sentiasa bahagia..

QurratuAini said...

betul2..
hidup untuk memberi..yang terbaik daripada diri..kan?
suami pandai pikat hati isteri..
isteri pandai pikat hati suami..
baru rumahtangga harmoni..
bahagia hingga ke syurgawi...
amin...

Anonymous said...

klu isteri je ada hati untuk memikat suami but suami langsung tak ada ikhtiar untuk memikat ati isteri apakah tandanya itu?

Anonymous said...

Salam semua yg dikasihi dan dirahmati Allah. Ujian seorang isteri memang banyak namun bila kita taat perintah Allah, taat perintah suami, jaga maruah kita, jaga maruah Agama, jaga maruah suami dan sentiasa menegakkan Amar Maaruf Nahi Mungkar insya'Allah syurga tempat kita amiin ya Allah. Sentiasa doakan hati suami hanya ingat pada Allah, Rasul, ibubapa, kita dan anak2 dan Allah lindungi suami kita dari bisikan manusia dan syaitan yg terlaknat amiin. Maaf zahir batin. Salam Ramadan Al-Mubarak! Layan lah suami kita seperti seorang Raja dgn senyuman lemah lembut kita hanya ingat kebaikan suami dan tekad utk raih redho Allahu Akbar! Yok sama2 kejar redho Allah, syafaat Nabi Muhammad SAW insya'Allah Syurga tempat kita amiin ya robbal alamiin :)

Anonymous said...

salam...
sy ingin pandangan dr kwn2...
sy adalah seorg isteri yg curang. Di pendekkan cerita... sy mempunyai scandal ...
Namun lama kelamaan sy sedar, scandal hy keriangan di dunia. Sy igin KEMBALI pd suami..jd seorg isteri yg setia seperti 10thn lalu...wlp scandal melalaikan, menyeronokkan...tp sy semakin sedar yg susah senang adalah bersama suami...suami sy seorg yg cool, penyabar dan baik. Namun atas kecurangan ini, sy kini menyesal..sy kesiankan suami tp tak mampu utk syg die dr hati..hati bagai terkunci atas kesilapan sendiri..inilah balasan Allah di dunia...Allah tarik perasaan syg dr hati sy sedangkan fikiran kata sy mau KEMBALI...
sesiapa yg ade nasihat utk sy...sila email ke whorinenator@gmail.com

Terima kasih kawan2.

Manel

Anonymous said...

yg no 1) sye slalu bt tp hubby ckp ni nk slamat ker tak, urutan sy nak bg dier tdo plak hehehe

Anonymous said...

Rasullulah SAW bersabda:
" siapa sabar atas keburukan akhlak isterinya, Allah memberinya pahala seperti bala yang telah diberikan kpd Nabi Ayub. Dan siapa sabar atas keburukan akhlak suaminya, Allah memberinya seperti pahala Asiah isteri Firaun."

Anonymous said...

salam. tips2 tu mmg ada yg sy buat. tapi suami sy ni jenis yg tk romantik lansung la... susah nk baca fikiran dia. bila sy buat dia ketawa kan saya. sbr je la. da la sejak kahwin sampai sekarang kami tggal berasingan... time dia balik je leh mesra2. tapi bila balik plak dia lebih layan anak. rindu anak katanya.. tapi tips no 9 tu sy paling sush nk buat...hehe..tk sempat la.sy suka yg simple2 je...tp tak la busuk..huhuhu.

Post a Comment