22 Jun 2009

Jom 'Charge' iman kita!




Tiba-tiba..
daku teringat kepada pesan seorang sahabat..
kita mesti solat sebab solat tu umpama kita cas bateri iman kita..
bayangkan kalau nset kita, bateri kong,kita mesti cas, kan?
..kalau tak cas, mesti kita tak dapat buka lgsung pn.
begitu gak ngan solat. kalau kita tak wat, mesti diri kita pun tak dpt berfungsi sebagaimana sepatutnya sbb iman kita dah habis kan?
kalau kita boleh kalut dan tak tentu arah bila bateri kiter dah nak kong, ke hulu hilir cari charger yang kiter pund ah tak ingat letak dekat mana,
naper tak kiter rasa yang sama biler waktu solat dah masuk kan?
tapi apa yang berlaku, kiter kalut gak tapi sbb nak solat Zuhur padahal Asar dah nak masuk.
Alangkah bagus kalau kita kalut nak ambil wudhuk untuk tunaikan solat Zohor sbb nak charge iman yang dah semakin berkurang sejak selesai subuh tadi.
ada 5 kali je masa kita nak 'dating' ngan Pencipta kita
tapi kita selalu tak tepati masa kan?
tapi, cuba nak jumpe 'buayafren' atau 'gelifren', sesaat pun tak mahu lewat, malah 1jam awal pun sanggup datang dulu..
agak2 siapa lah 'KEKASIH' atau 'kekasih' kita kan?
analogi yang mudah namun kita sering lupa kan?
Semoga ia menjadi ingatan buat saya sendiri dan teman2 yang sudi membaca
fikir2 kan..
ingatlah kembara kita di dunia hanyalah sekadar melewati satu tempat persinggahan buat mengambil bekal untuk hidup kekal di AKHIRAT nanti
semoga kita tidak terus terleka dan terlupa malah terlena dengan keasyikan dunia yang berada di hadapan mata sehingga kita terpula AKHIRAT itu suatu yang pasti ada
Jom 'charge' iman kita dengan solat& segala amalan yang dapat mendekatkan kita dengan mengingatiNya.
kerna...
Dia membisikkan pada kita dalam bait-bait ayat cintanya yang selalu kita baca..
dalam sendu dan tawa..(ar-Ra'd:28)
'Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi TENANG'
siapa yang tak inginkan ketenangan?
malah, ada insan yang sanggup membayar jutaan ringgit untuk membina rumah ibarat istana tersergam indah semata-mata kerana inginkan keTENANGan
tapi, ingatlah bait2 ayat cintaNya tadi pada awalnya, sebenarnya, menyatakan syarat untuk mendapat ketenangan itu, iaitu, hanya orang yang BERIMAN sahaja yang LAYAK untuk mengecapi nikmat sebuah ketenangan...
Semoga kita tergolong dalam golong mereka yang BERIMAN dan dijauhkan daripada segala kemungkaran dan kemaksiatan kerana orang yang sentiasa menghadapkan wajahnya pada Ilahi pasti tidak akan sanggup membawa diri yang kotor dengan dosa semasa menghadapNya..
kita malu? jangan risau, itu tanda masih ada nur di hati kita dan jadikan lah itu langkah pertama kita buat meninggalkan segala masa silam yang kelam untuk membina masa depan yang gemilang. Percayalah, Allah Maha Pengampun..
renunglah ke hadapan dan orak langkah kejayaan..
JANGAN PANDANG BELAKANG!
Jom 'charge' iman!

1 Comment:

Anonymous said...

Ramai manusia yang risau dan bimbang apabila ekonomi jatuh lalu dibuat pelbagai usaha untuk memulihkan balik ekonomi Negara seperti menubuhkan MTEN dan sebagainya namun apabila iman itu jatuh apakah usaha kita untuk membina iman ini dari terus jatuh???...

Kerosakan akhlak yang ada pada hari ini berpunca dari ketiadaan usaha menambah energi iman yang bertindak sebagai antibodi yang menghalang manusia dari melakukan maksiat. Kesannya manusia semakin meminggirkan Allah dan apabila kita meminggirkan Allah kita pasti akan dipinggirkan..

Post a Comment