30 Jan 2012

TERUSKAN TERSENYUM...la tahzan innALLAHa ma'ana :)

dugaan oh dugaan...
tanggal 20.1.2012(jumaat)...alhamdulillah..diri ini selamat menjadi isteri kepada seorang lelaki :)
namun, malang tidak pernah berbau kan...kalau boleh dibau, confirm kiter x wat perkara tu :)
tapi, semua itu dugaan dari ALLAH...saya terima dengan hati yang redha dan teruskan tersenyum sahaja :) alhamdulillah...semua itu buat hati kami lebih lapang dalam menempuh pelbagai cubaan yang dtg dlm umhtge ni :)
26.1.2012,pukul 4.30 ptg, selepas singgah makan ringan2 sambil berendam kaki di LAta Rek, kami solat jamak di masjid Laloh...slps itu, keluar dari simpang dan menuju selekoh, ntah bagaimana saya terlelap dan sedar2, wajah sy sudah tersembam di atas airbag,begitu juga suami, kereta juga sudah berasap, badan menggigil ALLAH sahaja yang tahu. Kami cepat2 keluar dari kenderaan, ada org kampung yg dtg, cepat2 mencabut bateri kereta agar kereta tidak meletup pula..alhamdulillah kereta dapat diselamatkan dari cedera lebih teruk.lampu pecah,mugard rosak, bonet kemek, tangki air pecah, plat number hancur, sedih dalam syukur...sedih kerana usia kereta sama dgn perkahwinan kami iaitu baru 6hari...namun syukur teramat2 kerana kami tidak cedera :) alhamdulillah :)terima kasih ALLAH...
call smart ASSIsst ambil masa juga,baru dpt berhubung dan perlu menunggu di kereta sehingga towing produa sampai.oleh kerana jarak tmpt kemalangan jauh dari pusat produa terdekat, pukul 7mlm baru dpt towing kereta.kami bergerak ke balai polis kuala krai pula...buat report polis pula, xdpt print katanya kerana luar dr waktu pejabat.oleh kerana kami plg blkg, kami slh, jd disaman rm300 pula.dugaan lg.kami bergerak ke produa servis dan smpai di sana jam 12.30 mlm...alhamdulillah...oleh kerana pusat produa tersebut berada di wakaf che yeh, maka mak, ayah mertua dan abg dan kakak ipar mengajak kami singgah di wakaf che yeh sebentar...window shoping shj huhu :) akhirnya kami bertolak pulang ke kuala terengganu dan tiba di rumah pada jam 4.00 pagi...12 jam masa diperlukan untuk pengurusan kemalangan tersebut...sbtunyer kami bergerak ke balai polis kuala krai semula utk mengambil salinan report..mujur ada koperal yg baik hati membantu...kemudian serahkan ke pusat servis produa utk urusan claim insuran. 2berita dugaan lagi...plg cepat kereta siap pun 2bulan dan kerana nama suami tiada dlm nama pendua insuran, maka rm400 diperlukan lagi...sbr jela :) on the way balik, ditahan polis di road block kg.pek, suamiku diberikan surat saman lagi kali ini kerana lampu brek ke3 tidak menyala..saman lagi...dh la kereta tu kami pinjam dr adik suami...sabar lagi...akhirnya, smlm, 8.30 mlm kami bergerak dr bndr kuala terengganu jam 8.30 mlm menaiki bas transnasional dan tiba di tangkak jam 5pagi, adikku mengambil kami menaiki skuterku berulang2 dgn brg yg banyak :) tiba di rumah, sempat basuh sumer baju dan suami tolong sidaikan :) tq suamiku :)iron baju, siap2 trus ke sekolah...g sekolah tak pkai helmet plak sbb helmet adik tertinggal di rumah...sbr jela..tawakal jer...skrg, menaip smbil tunggu adik dan suami pulang dr jpj melaka uruskan lesen motor suami...alhamdulillah,disebalik semua dugaan, aku masih punya insan2 tersayang di sisi yang tak jemu2 membantu dan menyokong...sabarlah hati...pasti ada hikmah yang tersembunyi :) senyumlah...jgn bersedih krn ALLAH selalu ada di sisi kan :)don't worry...be happy :)

0 Comments:

Post a Comment