30 May 2011

Kehidupan Anugerah Terindah

setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan dari lisan dan hati ini kerana masih dipanjangkan usia untuk menulis lagi di blog ini setelah hampir lebih setahun tiada artikel baru yg dpt disumbangkan ke teratak maya ini...
Alhamdulillah, hari ini, saat ini, Allah kurniakan kepada insan kerdil yang sedang menaip ini kelapangan waktu untuk menulis, kesihatan yang baik untuk trus hidup di muka bumi ALLAH tanpa menyusahkan ibu dan ayah...Itulah doa yang sering kupanjatkan ke hadrat Ilahi agar aku menjadi tangan yg memberi, bukan sekadar yang menerima lagi...aku menjadi insan yang bukan lagi menyusahkan dan membebankan ibu dan ayah tetapi memberi sedikit kelapangan kepada mereka..wlpn mungkin aku belum mampu memberi, sekurang2nya aku bukan yang menyusahkan..
Teman, setahun yang berlalu, pelbagai perkara yang telah berlaku...banyak perkara yang sudah berubah...pelbagai onak dan duri kehidupan telah ku tempuh, ada yang mudah tanpa payah...namun, ada yang sukar hingga kadang membuat diri ini teramat lelah...
Apapun, kehidupan wajib diteruskan..bukan sekadar HARUS lagi :)...dan semestinya, lebih baik daripada semalam...
Setahun yang berlalu, aku sudah berubah.berubah daripada seorang yang duduk di kerusi menadah telinga, menadah ilmu..kepada seorang insan yang berdiri dan mencurahkan ilmu...terlalu jauh bezanya...24 tahun berstatus pelajar dan kini berstatus ustazah, nyata terlalu jauh bezanya...
Lebih mudah untuk mencipta kecemerlangan diri sendiri daripada mendorong insan comel yang baru berusia 12tahun ke bawah mencipta kecemerlangan mereka...kerana mereka bukan individu yang sama, wlpn berada di dwh bumbung kelas yang sama, walaupun lahir pada tahun yang sama...hati dan jiwa mereka berbeza..keperluan mereka juga tidak sama, 3jam seminggu, ternyata menyatakan perkataan 'akhlak' itu amat mudah berbanding membina dan membentuk nya dlm jiwa mereka..
Saat ini, baru ku sedar, jasa dan guru ku di sekolah rendah dulu amat besar, wlpn nmpk mudah dr kacamata insan luar, ternyata mengenalkan mereka huruf itu bukan mudah..membina jiwa mereka juga bukan mudah...mengenalkan mereka siapa diri mereka yang sebenar juga bukan mudah...namun, apa yang lebih penting, membuat mereka suka dan sayang kita lebih utama kerana jatuh cinta mampu membuat seseorang melakukan apa sahaja untuk cintanya...
Moge, diri ini mampu membuat kalian jatuh cinta dengan ISlam yang kalian pegang dan pelajari selama ini...sesungguhnya hidayah milik ALLAH, moger, ALLAH membantu usaha kecilku ini dalam membentuk generasi muda yang bakal mencorak dunia satu hari nanti...amin..

0 Comments:

Post a Comment