6 Apr 2009

Kahwin jangan tak kahwin!



Apabila bicara isu perkahwinan, pelbagai reaksi dipamerkan.
Ada teruja, gembira, bahagia, tak sabar-sabar pun ada(eh, saya ke tu)…
Tetapi, ada juga yang tak rasa derita, geram, marah, pening, bosan, menyampah(takder benda lain ke nak cerita)
Tak kurang juga yang tak rasa apa-apa
Apapun, perkahwinan adalah suatu episod dalam kehidupan
Mungkin ceria, mungkin derita dan mungkin bahagia
Bahkan, kita sendiri pun lahir daripada sebuah perkahwinan
Jadi, kepada yang masih ragu-ragu nak kahwin atau memang TAK NAK kahwin, di sini saya bentangkan 20 alasan,

KENAPA ANDA PERLU KAHWIN...
(eh, yang bercakap ni dah kahwin ke..belum lagi, tapi harap-harap, lepas post artikel ni, dipermudahkan jodoh, terus kahwin)amiiin…

Alasannya ialah :
1. Perkahwinan itu adalah satu fitrah. Macam makanlah, fitrah kita kena makan, kalau tak makan, susahlah.begitu juga degan perkahwinan, fitrah kita kena kahwin, kalau tak kahwin, fitrah itu tak dapat dipenuhi, maka kita tak dapat berfungsi sebagai manusia secara total nya.

2. Perkahwinan itu suatu sunnah Rasulullah. Siapa yang mengaku sebagai Islam, wajib menuruti sunnah baginda. "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak". Tak nak dapat pahala free, ke?

3. Mencegah masalah. Sebab tidak dapat penuhi fitrah tadi, mulalah ada yang lesbian, gay, sumbang mahram, rogol, zina dan sebagainya kerana tidak dapat menyalurkan nafsu pada tempat yang sepatutnya.

4. Kenapalah tak nak kahwin ye? Setiap kejadian di dunia ini ada pasangannya. Kita tak dapat hidup berseorangan. Kita perlukan teman untuk berkongsi cerita, hilai tawa dan tangis duka. Siapa lagi kalau bukan suami@isteri kita?bunga pun pandai mencari lawan jenisnya, takkan kita manusia tak tahu kot.

5. Kita bukan sempurna. Sedar atau tidak, kita cenderung memilih pasangan yang berbeza daripada kita, suaminya, bising sungguhtapi isteri, pendiamnya. Contohlah. Sebab apa? Kerana pasangan kita itulah yang akan melengkapkan kekurangan kita. Manusia bukan sempurna, jika kita pandai mengira, mungkin kita kita kurang dari segi bahasa. Jadi, hadirnya si dia adalah untuk melengkapkan kekurangan kita. Barulah kehidupan ini lebih bermakna.

6. Kita saling memerlukan sebenarnya. Kerana kekurangan yang Allah ciptakan itulah, Allah mahu kita berganding tenaga. Sebab itu, kita dicipta berpasang-pasang, hilangnya terasa kekurangan, hadirnya, rasa hidup ini dilengkapkan. Indah kan kejadian Tuhan. Yang suami teringin nak melindungi, si isteri pula teringin nak dilindungi. Jadi, apa tunggu lagi, kahwinlah..kerana hidup anda perlu dilengkapkan.

Tamat dah...
Eh, tadi kata ada 20, ni baru 6.
14 lagi akan di post pada masa akan datang..
Insya Allah
Nantikan episod akan datang dalam ruangan
"Kahwin Jangan Tak Kahwin" Siri 2

2 Comments:

Anonymous said...

Nasihat Rasulullah s.a.w kpd umatnya khususnya Ibu Bapa Selaku wali :

" Sekirannya datang kepadamu org yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Jika tidak, akan muncul bahaya dan kerosakan."


(H.R at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Qurratu aini said...

agama tetap berada di tempat utama
dlm kriteria memilih jodoh buat dirikita
usah ragu
usah khuatir
Allah dah pilihkan yang terbaik buat kita
seterbaik kita juga

Post a Comment