23 Feb 2009

TIPS MEMBINA DIMENSI SERASI, MENCURI PERHATIAN ISTERI



22.2.09(01.01pg)
Berikan Perhatian, Luahkan Rasa Kasih Sayang. Bukankah cinta dalam rumahtangga itu datang bersama pakej khas iaitu mendambakan perhatian dan tumpuan.

1) Lafazkan kata-kata membahagiakan setiap hari malah setiap kesempatan yang ada ketika bersama mahupun saat berjauhan dari isteri tercinta. Ulangan 'ayat-ayat' cinta itu pada masa berbeza bakal memberikan impak berbeza dan meyakinkan dirinya bahawa anda tidak pernah berhenti mencintainya walau perlu bertarung dengan masa sekalipun. Malu untuk meluahkan rasa di hadapan pasangan? Apa kata, gunakan sahaja kecanggihan teknologi yang ada. Sms 'ayat-ayat cinta' anda ketika si dia sedang berehat contohnya, pasti senyuman tidak lekang dari bibirnya dan tak sabar-sabar untuk pulang ke rumah pula.

2) Rendahkan egomu kerana anda hanya memerlukan ketaatan bukan ketakutan dalam usaha menjana rumahtangga kelas pertama yang diidam-idamkan.

3) Kejutan pasti menambah bunga-bunga kebahagiaan. Hadiah semurah 20sen seperti gula-gula pun tak apa, yang penting, itu tanda ingatan anda kepadanya saat berpergian darinya.

4) Tawarkan diri untuk membantu apa yang termampu. Kesudian anda pasti disambut dengan kelapangan hati isteri tercinta. Bukan nak sangat anda membantu dalam urusan rumahtangga cuma naluri wanita itu kan suka bermanja.

5) Belai dan pujuk hatinya dengan kata-kata menyenangkan. Hakikatnya, wanita merajuk bukan kerana terlalu sedih tetapi cuma ingin menguji sejauhmana anda ambil kisah atau buat tak kisah sahaja pada mereka. Berhati-hati, kerana ini bakal dijadikan kayu ukur kasih sayang anda padanya.

6) Pujian pasti membahagiakan si dia namun pastikan ikhlas dari hati anda sebagai suami yang sentiasa berada di sisinya.

7) Bertolak ansur dalam semua perkara. Usah bertegang urat mencari siapa salah atau siapa kalah. Kelembutan selalu menang dalam apa jua cara.

8) Empati. Ambil tahu dan jadilah pendengar yang setia. Andalah bahu tempat dia bersandar bagi berkongsi suka dan derita. Cubalah memahami si dia.

9) Panggilan manja yang menjadi hak eksklusif dirinya pasti membuat dia lebih bahagia dan terkenang-kenang anda sentiasa. Sayang, Ayang, Anje, comel atau apa-apa sahaja, yang penting si dia suka.

10)Ingati hari-hari penting anda berdua agar anda dilihat mengutamakan dirinya walaupun dihimpit bebanan tugas yang menggila.

11) Bunga pasti membuat si dia tersenyum lebar hingga ke telinga. Tak mampu sejambak, sekuntum pun jadilah, asalkan namanya bunga. Bunga tahi ayam pun boleh kot. Jangan lupa sertakan sekali gubahan ayat cinta sebagai tafsiran kepada istilah warna bunga itu.

12) Lafazkan terima kasih atas penat lelahnya dan jangan berhenti mengucapkannya sebagaimana dia juga tidak pernah berhenti berbakti untuk anda.

13) Luahkan penghargaan dengan penuh keikhlasan.

(olahan semula tulisan Dr. HM Tuah Iskandar, 11kaedah membina serasi, dalam Majalah i, Jun 2008)

2 Comments:

Anonymous said...

Lps ni masukkan tips mencuri perhatian suami plak ek..hu..

Anonymous said...

Insya Allah..bakal di launch tak lama lagi...
sabar naa...

Post a Comment