24 Feb 2009

Kehidupan



Lirik lagu : NAzrey feat inteam

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Andai ujian itu mampu mendekatkan kita padaNya, bukankah ujian itu lebi baik dari kesenangan yang diberi percuma?
Destinasi kita bukan disini tetapi di suatu tempat yang abadi di akhirat nanti.
Andai kita mahu menempah syurga, pastikan modal yang di bawa cukup untuk kita bersaing merebut tempat di sisiNya. Jika ingin rumah selesa, mewah dan tersergam indah di sana, jom kita cukupkan modal untuk membelinya.
Ujian itu bukan suatu kepayahan, namun bukti kasih sayang dan perhatian...
Yang Maha Esa lagi Maha Bijaksana...

2 Comments:

Anonymous said...

semua ujian ini mematangkan kita..terpulang pada kita utk sabar menerimanya walaupun ianya kekadang terlalu berat dan pahit..

mujahidah solehah said...

slm..
betul finaz..
yg penting kita kena yakin, ada hikmah di setiap apa yang berlaku..
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan?
apa yang kita inginkan belum tentu apa yang kita perlukan..
so, jom kita bersangka baik dengan kehidupan..

Post a Comment