8 Feb 2009

Tak kenal maka tak cinta...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Agak-agak kenapa saya letak tajuk ini sebgai mukadimah kata?
Bukan nak ajak pembaca mencintai saya, tetapi nak ajak pembaca yang sudi singgah untuk mengenali saya..
Taaruf kan langkah pertama dalam usrah..betul tak?
Jadi, daripada membiarkan kalian terus dihurung persoalan siapalah mujahidah solehah ni, maka saya dengan sukacitanya memperkenalkan diri...ops, rasa malu tetiba menjengah tapi tidak mengapalah...
Nama diberi, Musfariza binti Mansor..anak kelahiran bumi Melaka yang bersejarah..lahir dalam keluarga yang serba sederhana namun kenyataan inilah yang membuat saya begitu bahagia kini kerana kadangkala yang payah tu yang indah. setuju tak?

Memulakan langkah menuntut ilmu di Sek. Keb. ng Tua...kemudian ke SMK Tun Perak namun hanya sebulan cuma dan kemudian berhijrah ke bumi yang makmur..Pahang namanya iaitu di MRSM Muadzam Shah yang mengajar saya erti hidup yang benar-benar menguji saya tabah atau sekadar menyerah...

Alhamdulillah, berkat semangat dan ihsan Ilahi, saya berkesempatan menempatkan diri di MRSM Jasin yang agak dekat dengan rumah...bukan ingin bermanja di bawah kasih ibu dan ayah namun kerana tidak mahu ayah dan ibu terus bersusah padahal ramai lagi adik-adikku yang memerlukan biaya sekolah yang selalu membuat hati ibu dan ayah makin gundah...
Namun, saya selalu memegang kata-kata, kadang-kadang Kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu. Jadi, kuteruskan perjuangan mendaki tangga impian ke Kolej Matrikulasi Melaka selama setahun yang membuat aku berjuang habis-habisan kerana itu sahaja jalan yang ku ada walaupun ku tahu itu bukan mahuku.

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku dan akhirnya tibalah diriku di suatu persimpangan yang memerlukan daku memilih satu antara dua dan saat itu, ku lupakan impian untuk menjejak suatu institusi yang ku idamkan sejak kecil iaitu universiti dan diri ini memilih Maktab Perguruan Kuala Terengganu yang sekarang dikenali IPGM Kampus Dato' Razali Ismail untuk meneruskan perjuangan. Alhamdulillah, inilah jalan terbaik yang Allah sediakan buatku iaitu menyediakan diri menjadi muallim sejati menyebarkan dakwahnya agar anak-anak yang bakal menjadi pemimpin dunia suatu hari nanti berpegang teguh dengan kalamullah...Insya Allah..


Ops, dah jadi sesi luahan perasaan pula...Maaflah ya...tapi, saya rasa sangat bertuah hidup dalam sebuah keluarga besar yang begitu meriah dengan 3puteri(along, saya dan Nusrah Nabiha)dan 7 putera(afiq, aiman, hakimi, sufyan, faiz, rusydi, salman).
Terima kasih kasih ibu dan ayah atas kasihmu yang tak pernah bersudah...salam sayang buat ibu dan ayah..En. Mansor bin Abdullah dan Puan Rokiah bt Rahmat..

0 Comments:

Post a Comment