8 Feb 2009

MUSAFIR MENUJU ILAHI



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
""sesugguhnye org2 yg briman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinye..dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka,bertambah kuat imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal." (Al-Anfal,8:2)"

Cantik kan kalam Allah yang diturunkan buat kita mengambil ibrah dan menjadi panduan buat kita memperkuat hati, mempertajam naluri...
Kadang-kadang kita selalu terlupa dan terleka hakikat kejadian kita bukan sebagai raja namun sebagai hamba kepada Yang Esa. Kalau kata-kata majikan pun kita tak sanggup nak ingkar sebab takut fulus lari, apatah lagi kalam Ilahi yang menciptakan diri ini..
Tapi, sayangnya, kita selalu lupa kan?sebab tu kita dinamakan insan yang berasal dari perkataan 'nisyan' yang bermaksud lupa. Betul tak, kawan2?

So, kalau nak terus berada di siratul mustaqim, kita kenalah saling ingat-mengingati sebagaimana cantiknya ayat ini...
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman" (Az-Zariyat:55)
Memang kadang-kadang semua orang tahu, tapi kadang-kadang kita lupa, jadi, itulah peranan sahabat kan..

Janganlah kita tergolong dalam golongan yang hubbud dunya wa karahiyatul maut(cintakan dunia tp bencikan mati kerana hakikatnya kita kan sedang bermusafir menuju Ilahi..
Jom cintakan mati. Tp, macam susah nak buat kan..Cuba bayangkan syurga yang indah dan abadi pasti kita tak sabar nak ke sana berbanding dunia yang tak kekal ni...
Betul tak?

selamat bermusafir menuju Ilahi..

0 Comments:

Post a Comment