24 Apr 2010

Bila Allah Menduga Kita



hidup tidak pernah sunyi daripada diselimuti pelbagai masalah.kadang,kita rasa terlalu lemah untuk melepasinya.kadang,kita terasa ingin pergi jauh darinya dan kadang kita tertanya-tanya,mengapa aku yang perlu menghadapi ini semua.padahal orang lain elok2 sahaja? hati...hati...hati manusia kan..kadang melatah juga...tapi,jangan pernah biarkan emosi menguasai diri kerana apapun,kewarasan akal dengan pimpinan Al-Quran dan sunnah perlu menjadi tunjang utama gerak fikir yang menentukan apa yang akan kita lakukan. ingatilah satu perkataan, SABAR , SABAR dan SABAR...jangan risau,janji Allah,bersama setiap kesukaran pasti ada kemudahan...semakin besar dugaan kita, pujuklah hati kita,katakan itu tanda, semakin besar perhatian dan kasih sayang Allah pada kita. analoginya, macam guru-guru kita dahululah. yang suka dimarah2 tu,ditegur 10kali itu sebenarnya kerana amat disayangi dan ingin kita menjadi orang berguna di hari muka. Allah lebih-lebih lagi.itu tanda Allah sedang mendidik kita dengan tarbiyah langsung drpdnya.andai org lain tidak diuji begitu,tidak mengapa,katakan pada diri kita,Allah syg kan kita,sbb tu,dihadiahkan dugaan besar itu. Allah tidak akn menduga kita melainkan sekadar kesanggupan kita.cabar diri.yakin pada diri.semuanya akan ok selepas ini. yang penting,bersangka baik dengan Allah selalu pasti ada hikmah yang istimewa sedang menunggu :) mungkin bukan di SINI tapi DI SANA yang pasti menanti dan lebih abadi ;)

6 Comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

semoga terus dbrikn kekuatn dlm mghadapi sgale mehnah dan tribulasi dlm khidupn..amin

Anonymous said...

terima kasih adikku :)

Qurratu Aini said...

terima kasih adikku...

Baihaqi Sensei said...

perkara inilah yg selalu ana fikirkan setiap kali kalah pertandingan syarahan or whatever....

rara nabila said...

terima kasih atas nasihat di atas...benar,,,=)
" jiwa seorang mukmin melihat kesakitan dan kesukaran sebagai ujian untuk dirinya. sebagaimana ujian kesenangan dihadapi dengan kesyukuran, maka ujian kesakitan dan kesukaran juga perlu dihadapi tetapi dengan kesabaran...=)"

Qurratu Aini said...

betul...kebaikan atau keburukan yg dtg pd kita, segalanyer adalah ujian buat diri kita...lebih besar atau payah ujian yang ditempa, Insya ALLAH, ALLAH sdg menjanjikan kejayaan atau kebahagian yg besar juga buat kita selepas itu...cuma, bersabarlah dengan segalanya...

Post a Comment