14 Feb 2009

Tangisan Bumi Syuhada'...Ratapan Bumi Anbiya'...



Alhamdulillah..
Dengan izin Allah, usrahku bersama adik-adik tersayang kali ini dapat juga dilaksanakan pada malam Rabu yang lalu, 11.2.09...
Terima kasih atas kesudian untuk hadir adik-adikku, Jiha,Aliah,Fae,Finaz...dan tak lupa Alina juga Azzah..

Ada apa pada Palestin?
Itu pertanyaan yang akak ajukan di waktu usrah bermula..
Dalam kata lain,
1) Awat semua orang dok cakap tentang Palestin?
2) Mengapa Palestin disimbah darah?
3) Mengapa rejim zionis beria-ria menceroboh Palestin?
4) Kenapa kita perlu mempertahankan Palestin dan Masjid Al-Aqsa?
5) Kenapa segala keperluan yang cuba disampaikan dan disumbangkan oeh masyarakat dunia membusuk begitu sahaja tanpa dapat sampai ke tangan mereka yang sangat-sangat memerlukannya?
6) Apakah tindakan sebahagian daripada kita membuat demonstrasi merupakan langkah bijak dalam menghadapi situasi sebegini?
7) Antara Solat Hajat dan Qunut Nazilah, yang mana lebih utama dilaksanakan?
8) Apa sebenarnya maksud Qunut Nazilah?
9) Dan..apakah ibrah atau pengajaran yang dapat dikutip dan diimplementasikan pula dalam kehidupan kita sebagai seorag Muslim di Malaysia?

JAwapannya?
Akak nak dengar dari adik-adik akak yang tersayang..
Kira Usrah Maya/lanjutan lah ni...
Akak menanti jawapan adik-adik...
Jangan susah-susah, cuma beritahu apa yang adik-adik dari hampir satu jam setengah kita bersama..
Kepada pembaca-pembaca yang sudi menziarah pula, kalian juga turut dijemput untuk berkongsi ilmu di sini..
"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"(mafhum sabda Rasulullah s.a.w)

4 Comments:

Anonymous said...

Sedikit Info pasal Qunut Nazilah moga bermanfaat..

Dalam sebuah hadith menceritakan bahawa Rasululah membaca Qunut sebulan penuh kerana kabilah bani salim, ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah yang mengaku memeluk islam dan meminta kepada Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru untuk mengajar mereka telah dibunuh oleh mereka. “Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya.” (Direkodkan oleh Abu Daud dan Imam Ahmad)

Disamping itu, Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279). Doa Qunut Nazilah tidak ada penetapan, kerana sebarang doa boleh dibaca selagi ia masih dalam bahasa arab. Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat orang yang aneh dan tertolak, serta menyelisihi jumhur ulama. (Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.)

Anonymous said...

akak tenkiu sal malam 2..
ermm banyak input yg dapat fae amik..
tapi xpuas la nok tgk crite2 dari gaza 2..
sedey sgt..
smoga kiter hulurkan bantuan kat diorang..
sama2 kita doakan mereka diselamatkan dari ancaman yg lebih dasyat lagi..
aminn..
jumper esok..winkk3..
salamm

Anonymous said...

jawapan bagi soalan
1- coz palestin diserang skg ni..2 yg org sesibok 2
2.coz diserang rejim zionis.banyak pertumpahan darah berlaku..
3-.diorang nak sgt tanah palestin coz dorang cakap 2 tanah diorang..
4.ermm para2 anbia banyak dilahirkan di sana..
5. coz xdop hati perut langsung dalam diri masyarakat negara jiran ..mereka sekat pagar yang menjadi penghubung sumber makanan..jiran mereka zalim dan sanggup melihat palestin hancur kerana duit
6.perlu dan jangan melampau..
jangan samapai ada pertumpahan darah..
sekadar lumpuhkan ekonomi israil..
boikot segala barangan mereka..
jalankan tgungjawab kita sbg seorang islam..
7. dua2 sama penting..atas pengisian yg kita lakukan..
ikhlas 2 penting..
8. ermm doa yg kita baca utk mengelakkan musibah berlaku kpd umat islam..doa utk menghancurkan bani israil..dalam setiap solat kita boleh wat pd rakaat terakhir..
9.jadi seorang muslim yg berjaya dan jangan tinggalkan dakwah..
jangan lupa tgjwb kita sebagai muslim..
sama2 menegur antara satu sama lain..
dan elakkan pertengkaran yg melibatkan nyawa..

Anonymous said...

assalamualaikum..
akak..sori sbb lmbt msok blog akk ni..
xde ms..sori sgt2..n sori gak sbb usrh umum ritu x gi..de hal cket...
ermm..ni jwpn2 sy tuk soaln2 akk..
1. sbb Palestin skrg tgh ditindas..diserang..org2 x berdosa dibunuh dgn kejam..knk2 yg yg x brdosa jd sasaran..
2. sm cam jwpn no 1 tu..byk org dibunuh..
3. sbb diorg nk tanah palestin tu..diorg kata tu tanah diorg..
4. para2 anbia byk dilahirkan di palestin..Masjidil Aqsa lak kiblat pertama org Islam..
5. sbb negara2 jiran palestin xnk tlg..diorg sekat sempadan msuk ke semenanjung gaza..diorg xde perikemanusiaan..
6. ermm..kita mmg patut buat demonstrasi sbg slh satu cara utk menampakkan tanda protes kita kpd dunia..tp kita kena wat dlm cara yg aman..sbg contoh..boikot brg2 israel..
7. kedua-duanya penting..dan kalau boleh kita patut mengamalkan dua2 skali..
8. doa yg dibaca utk mengelakkan musinah berlaku kepada umat islam..doa utk menghancurkan bani israil dan yg menentang Islam..dalam setiap solat kita boleh baca pd rakaat terakhir..
9. jaga ibadah kita..sentiasa menjaga keharmonian agama kita..dan pastikan kita menjadi mukminah yang sejati..insyaALLAH...

Post a Comment