22 Feb 2009

Nak Seribu Daya, Mahu Seribu Cara


Kata orang berjaya,

"Tiada apa yang boleh mengahalang saya untuk berjaya"
Gunung tinggi sanggup ku daki, Lautan luas sanggup ku renangi(macam ayat orang bercinta plak). Pendek kata, apa pun halangan yang datang kan tempuh jua demi mengenal erti 'BERJAYA' yang telah didamba sekian lama.

Justeru, kenapa masih ada segelintir daripada kita yang masih meletakkan pelbagai alasan untuk melakukan sesuatu dengan alasan,
1. malaslah
2. saya tak pandai
3. tak tahu nak buat macam mana
4. ramai lagi orang lagi pandai dari saya
5. biarlah orang lain yang buat
6. siapalah saya
7. saya tak ada masa

Cukuplah tu saya senarai pendekkan alasan-alasan popular yang digunakan sebagai penyedap rasa.
Sedar atau tidak, kalian sebenarnya menyempitkan ruang kalian untuk berjaya.
ORANG YANG BERJAYA BUKAN MENCIPTA ALASAN NAMUN MENCARI JALAN
Hanya orang yang gagal mencari alasan dan kesalahan sekaligus menyempitkan ruang kejayaan dalam kehidupan.
Jadi, tepuk dada, tanya iman, Anda ingin BERJAYA atau GAGAL?
Jika anda memilih untuk gagal, gunakanlah senarai alasan di atas untuk mengatakan tidak untuk apa sahaja dan ingatlah, anda telah pun kehilangan NIKMAT MENCUBA.

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN.
Bersangka baiklah terhadap kehidupan kerana sememangnya begitu hidup ini diciptakan. Jadi, usah ragu-ragu lagi, katakan ya dan gunakan segala kesempatan yang ada untuk mengubah hidup anda menjadi lebih istimewa.
Usah menangis lagi tetapi bangkitlah mencuba kerana kejayaan itu milik sesiapa sahaja yang berusaha untuk mendapatkannya.

Gunakan hipotesis ini :
LEBIH BESAR USAHA YANG DILABURKAN, LEBIH GEMILANG KEJAYAAN YANG BAKAL DICIPTAKAN.

Usah menangis lagi sayang, kerana hidup ini bukan untuk ditangisi namun untuk dinikmati selagi hayat ada dalam diri kerana ingatlah, kita cuma musafir yang sedang mengambil bekal sebelum tiba ke destinasi yang abadi di akhirat nanti…
BERUSAHALAH SEOLAH-OLAH KAMU AKAN HIDUP SEJUTA TAHUN LAGI, NAMUN…
BERAMALLAH SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI PADA ESOK HARI..
Syurga atau Neraka?
Pilihan di tangan kita...so, pilihlah untuk bahagia atau derita.
22.02.09(1.18pagi)

1 Comment:

Tinta Al-Murabbi said...

Salam~ gud artikel!nikmat mencuba ek?? betul3x..kalau takut pada risiko, usah bicara soal perjuangan!ngeh2x..ble nk komen blog sy plk ni?hehe

Post a Comment